Friday, February 13, 2009

aku sebagai pendaki








V2... atau pon Transtitiwangsa version 2. Kteorg dari team KTDi, kolej tun dr.ismail... alah kolej kat UTM, Skudai tu. yelah kelab rekreasi popular ngan name team5 kat sane. main kteorng panjat gunung lah. aku pon baru masuk kelab nie. lepas aku naik ledang n tros g V2 agak revolusi jgk lah..nway aku dah abis V2 dgn jaye nye. V2 niee dikatekan core lah b4 aku g aku dah ase seram dah dgr dong cite trek V2.aku gagah kan diri pegi gak. ktorng grak 16 ari bulan 12 2008... b4 tuh ktong de training 1bulan lebih gak r trainin kuat kan stamina. paling xbley blah trainin pusat, kurang dr 1week r. tapi die punye tough xyah ckp r.aku ase cam nk tarik diri jer. ari 3 trainin pusat sume dah batuk2 sakit2 badan dah.paling best tyme berendam kul3 pagi!!! korng tau x mmg sejuk r memule msuk. kekadang panas mmg ade owng kencing r dlm air uhh..hahhaha bile babbe masuk jer aku ase paras air makin naik..owh luper nk knal kan peserta v2.......

peserta2 V2








Seperti yg di atas tersebut merupakan peserta V2... berbilang taun kan dan berbilang.. dorng sume nie kalo knl mmg best r!!! wa ckp btol tyme skola dulu aku pgl senior kakak, kalo xpgl kne mara! tapi dorng kalo pgl kakak or abg dorng xske.. kate dorng kang kalo keje ang atas aku, ang nk pgl aku kakak??? hahahah btol...lgpon rase lagi mesra pgl ko n aku.. lebey akrab. mcm kat puncak kambing wahahahaa.....


catata V2 kat bawah nie aku amik dar kimin nyer catatan.. aku cume menokok tambah aper yg aku ingt lorh...heheee maybe aku patut nk knal kan ajk2 V2... kemari//

AJK2 TRANSTITIWANGSA VERSION2







DAY 1ST

SELASA 16 DIS 2008

Masa Peristiwa Cuaca
9.00 am Peserta berkumpul di Dataran Resak. Kelihatan peserta menggalas beg yang berat untuk berkalan 9 hari di hutan.Baba membantu Wan Yam, Leha dan Hud menyelaras haversack mengikut keselesaan. Sesi bergambar. En Hamdan, Teva Src, Semah senior Team5 pun ada datang menghantar kami. Cerah
10.30 am Bas tiba agak lewat dari waktu yang di janjikan iaitu 10 pagi. Menaiki bas. Kimin baca doa. Peserta begitu gembira dan teruja.
11.15 am Tiba di machap. Lunch
3.30 pm Berhenti di R & R Sg. Buloh untuk mengambil 2 orang guider- Adam dan DJ.
4.00 pm Berhenti minum di Tapah
4.30 pm Bertolak ke Cameron Highland melalui Tapah
8.00 pm Tiba di pecan Brinchang. Baha, Kimin, Baba dan Kak Isha membuat laporan polis berkenaan pendakian V2.
9.30 pm Tiba di Masjid Kampung Raja. Bermalam dan makan malam di sini.
11.00 pm Taklimat ringkas dari guide. Packing dan tukar baju treking siap2. Hujan renyai, sejuk
1.00 pm Tido.



hari yg begitu baik mkne nye xujan..mcm merestui PEMERGIAN kami.rase pserta sume rase teruje, gemtar pon ade..mcm2 perasaan rase nk terkentut pon ade yelah takot sgt..hahah
1st time jmpe adam n dj ktorng dah kutuk2 dah..yelah xknl.aku aku tgk dorng uhh cam selekeh jer.. "BTOL KE die gude kite?" matilah aku...wahahah tu 1st time...
ARGH!!!! aku pling benci g cameron sbb kne lalu jln yg bersimpang siur..xtahan ase nk muntah... dlm gemelutan mlm driver bus tetap pandu bus dgn berhati2..ktorng BERNASIB BAIK! bus ktorng hampir terjunam kedalam gaung tetapi driver bus perasan dan terus reverse bak kate afi...Alhamdullillah..
SETIBE d cameron hujan renyai dan cuace sejuk..lagi sejuk dari dlm bus yg pasang air con 2.. sejuk lah ramai gak g tandas kencing..heheee
mlm uhh de
POSTMOTERM Adam & DJ bg taklimat tok esk...ktorng masih xbrape knl guider ktorng...




DAY 2ND

Masa Peristiwa Cuaca
5.30 am Bangun, azan subuh (kimin), solat subuh Berembun
6.15 am Basuh mestin semalam
7.00 am Masak nasi goreng+sosej+ayam goreng
7.45 am Siap makan
8.00 am Packing
9.00 am Warming up
9.30 am Mula trekking. Setiap 1 jam take 5. dah 5 kali take 5.
2.30 pm Tiba di Kem Kasut. Lunch. Ambil air untuk di bawa ke Yong Belar. Solat. Cerah. Alt 1905 m.
3.30 pm Shooter mula treking ke Yong Belar untuk set up campsite kerana ditakuti nightwalk. Shooter: Jalok, Yadan, Kecik dan DJ.
3.40 pm Sambung trekking ke Yong Belar.
4.35 pm Shooter tiba di puncak Yong Belar. Fly dah pasang 1. tahniah!! G7 pertama.
5.00 pm Kimin dan Afi tiba di Yong Belar. Afi mental nak menangis.hihi.. Suhu 20*C
Alt 2140m
5.20 pm Lastman sampai.(Baba).
7.00 pm Alif azan maghrib. Mula memasak dinner. Menu nasi putih+nasi briani+daging masak kicap+coslow+terung goreng
9.30 pm Postmortem:
-hud : kena tinggal sorang2
-dila :Pancit buat muka ketat
-sesi taaruf ringkas dengan guider.
11.00 pm Tido. Baba buat cekodok. Berangin dan sejuk


tyme on the way g yong belar afi mental...heheheh sbb aper??? tnye die lah...basic r mental... aku pon mental gak.... aku nangis time nie...ish2... trok nyer aku....wahahaha ktorng masih xadapt lg tapi bak kate afi "sumer nyer dsini",tangan letak kat kepale... mlm uhh mmg mkn mewah r...sbb ktorng bwk ayam n daging goreng utm mlm pertama . dsebab kan bwh fly agk pnoh group ku iaitu KECIK,WANYAM,HANAK, SYAHMI, FAIZAH, PALI, N ZAHIR..KITORNG MENGALAH DAN MASAK DLUAR FLY...mmg sejuk r kat luar uhh...heheheh xpe set mental..heeee

DAY 3RD

JUMAAT 19 DIS 2008 (DAY 3)

Masa Peristiwa Cuaca
6.30 am Bangun farah kejut. Solat subuh.
7.00 am Memasak sarapan. Makan roti canai segera cicah dal kari+ teh 0
8.00 am Siap sarapan. Pegi pancang.hehe... Cerah, kabus, view kurang
9.50 am Mula treking ke Kem Kuali Cerah
10.50 am Tiba di Kem Kuali. Ambil air untuk lunch dan basuh 2 pasang mestin(Group 1).
12.00 pm Tiba di gaung. Kena lintas sebatang kayu yang basah dan licinseorang-seorang. Wanita di dahulukan. Adam dan kimin jaga hujung titi. Yadan dan baha pergi cari kayu untuk buat tambahan titi. Kak isha dan Huda menangis ketakutan dan gayat. Cerah
1.30 pm Semua berjaya dengan selamat melintasi gaung. Sambung treking. Perut dah lapar.
2.00 pm Lunch on trek. Group 1- meggie, vono, roti kaya. Cerah
4.30 pm Tiba di puncak Anak Yong Belar. Trek agak sukar kerana terpaksa meniarap, jalan itik, masuk lubang dan menarik sebab dikelilingi oleh lumut yang segar menghijau. Kabus
6.30 pm Tiba di puncak H20. rehat kejap.
7.00 pm Tiba di Kem H20. sampai campsite sebelum gelap. Namun dah gelap sebab dilitupi oleh pokok. Yadan angkat beg baha, kecik angkat beg Wan Yam. Faizah tergelincir. Nuar datang ke campsite mintak bantuan. Kimin bantu angkat beg faizah. Semua ready headlamp.menangis..hehe..
7.15 pm Semua selamat tiba di Kem H20. cooling Down. Mandi, persiapan diri, afi emo lagi sekali disebabkan masalah wanita Afi dan Huda tiba awal di Kem H20. Trek hancur dan slide. Mendung
8.30 pm Masak dinner. Menu: Nasi lemak+sambal ikan bilis + keropok + paperdem + cucur.
11.00 pm Briefing di fly masing-masing oleh kecik.(arahan untuk treking pukul 8 am). Ramai yang dah sakit lutut.
12.30 pm Tidur. Rendam bihun.

day 4th

JUMAAT 19 DIS 2008 (DAY 3)

Masa Peristiwa Cuaca
6.30 am Bangun farah kejut. Solat subuh.
7.00 am Memasak sarapan. Makan roti canai segera cicah dal kari+ teh 0
8.00 am Siap sarapan. Pegi pancang.hehe... Cerah, kabus, view kurang
9.50 am Mula treking ke Kem Kuali Cerah
10.50 am Tiba di Kem Kuali. Ambil air untuk lunch dan basuh 2 pasang mestin(Group 1).
12.00 pm Tiba di gaung. Kena lintas sebatang kayu yang basah dan licinseorang-seorang. Wanita di dahulukan. Adam dan kimin jaga hujung titi. Yadan dan baha pergi cari kayu untuk buat tambahan titi. Kak isha dan Huda menangis ketakutan dan gayat. Cerah
1.30 pm Semua berjaya dengan selamat melintasi gaung. Sambung treking. Perut dah lapar.
2.00 pm Lunch on trek. Group 1- meggie, vono, roti kaya. Cerah
4.30 pm Tiba di puncak Anak Yong Belar. Trek agak sukar kerana terpaksa meniarap, jalan itik, masuk lubang dan menarik sebab dikelilingi oleh lumut yang segar menghijau. Kabus
6.30 pm Tiba di puncak H20. rehat kejap.
7.00 pm Tiba di Kem H20. sampai campsite sebelum gelap. Namun dah gelap sebab dilitupi oleh pokok. Yadan angkat beg baha, kecik angkat beg Wan Yam. Faizah tergelincir. Nuar datang ke campsite mintak bantuan. Kimin bantu angkat beg faizah. Semua ready headlamp.menangis..hehe..
7.15 pm Semua selamat tiba di Kem H20. cooling Down. Mandi, persiapan diri, afi emo lagi sekali disebabkan masalah wanita Afi dan Huda tiba awal di Kem H20. Trek hancur dan slide. Mendung
8.30 pm Masak dinner. Menu: Nasi lemak+sambal ikan bilis + keropok + paperdem + cucur.
11.00 pm Briefing di fly masing-masing oleh kecik.(arahan untuk treking pukul 8 am). Ramai yang dah sakit lutut.
12.30 pm Tidur. Rendam bihun.

DAY 5th

SABTU 20 DIS 2008 ( DAY 4)

Masa Peristiwa Cuaca
6.55 am Bangun pagi agak lewat. Yadan bangun awal mengejutkan peserta lain. Target nak trekig pukul 8 pagi tak berjaya.
7.15 am Sarapan. Group 1 Afi masak bihun goreng dawai..hhihi Cerah
10.30 am Mula treking ke puncak Junction, melintasi 2 sungai dan air terjun yang cantik. Bawa air dari kem H20. Trek hari ni mendaki. Guna tali, curam, sejuk dan trek hancur.
1.15 pm Lunch on trek. Makan maggie, sup vono, biskut, roti kaya.
2.15 pm Sambung mendaki. Ada 5 puncak tipu.
3.40 pm Tiba di puncak Junction. Puncak agak besar dan rata cuma agak lembab Cerah, kabus
6.00 pm Memasak dinner. Menu : Nasi+ sardin+ sayur goreng+ paperdam+coslow.
9.00 pm Buat Postmortem Group 1. Soalan wajib. Luahan hati masing-masing..hehe.. Crite pengalaman. Langit cerah. Nampak bintang yang cantik
12.00 pm Tidur. Alif masak nasi 2 mestin untuk nasi goreng.


DAY 6th

AHAD 20 DIS 2008 (DAY 5)

Masa Peristiwa Cuaca
7.15 am Bangun agak lewat sebab telalu sejuk. Zahir mengejutkan. Tidur selesa. Kasihan kecik sebab tido menggelongsor. Subuh Gajah. Berkabus,
7.30 am Mula memasak sarapan. Menu : Nasi Goreng, Nescafe. Sambil sembang2, baba jadi anak angkat kump 1, baha anak angkat kump.3
9.00 am Mula mengemas. Day pack, bawa makanan untuk lunch dan botol kosong untuk ambil air di Kem Cerek.
10.30 am Treking ke Kem Cerek. Tak Warming up terus treking (jgn buat macam ni lagi). Trek turun naik banyak kali. View sangat cantik. Nampak orang di bukit hadapan. Cerah
12.00 pm Tiba di Kem Cerek. Ramai yang turun ambil air termasuk perempuan. Waterpoint sgt kecil keluar dari celah akar.
1.00 pm Sambung treking ke Simpang Proton. Trek mendaki.
1.45 pm Tiba di simpang Proton.
1.55 pm Tiba di puncak Gayong. Tahniah G7 ke-2. Lunch maggie, vono, mashed potato. Solat jamak di sini. Cerah, panas, kabus
2.30 pm Sambung trekking ke puncak Korbu tanpa haversack. Trek cantik, berlumut, naik turun.
4.00 pm Tiba di puncak Korbu. Hud dan Huda mental. Kak Isha sakit pinggang. Kaide Pewai. Farah memancang. Bergambar dengan banner. Cerah
4.30 pm Treking kembali ke simpang proton. Bekalan air tidak di bawa. Tekak kering. Snek habis. Mental sebab haus. mendung
5.50 pm Tiba di Simpang Proton. Jalok dan Yadan dah shoot ke Kem Cerek sebab nak pergi solat. Kumpul semua.
6.00 pm Sambung treking ke Kem Cerek. Jauh treking hari ni walaupun tanpa haversack.
6.20 pm Ambil air yang ditinggalkan di Kem Cerek. Semua sedia headlamp sebab akan nightwalk. Mendung
6.35 pm Sambung treking ke puncak Junction.
6.50 pm Rehat di suatu puncak tipu untuk menghormati waktu maghrib. Alif azan. Hujan mula turun.
7.20 pm Sambung treking ke puncak junction. Trek mencanak turun dan naik. Nightwalk. Treking rapat untuk mengelakkan terpisah. Kalau terpisah semua berhenti. Perut lapar. Hujan lebat, sejuk, gelap, kepala terhantuk tunggul dan akar. Nampak cameron, jalan raya.
9.00 pm Huda dan Yadan diarahkan treking di hadapan kerana Huda treking agak perlahan disebabkan lapar dan sejuk. Adam mengira.. Hujan masih belum berhenti
9.25 pm Tiba dengan selamat di Puncak Junction. Numbering.
10.00 pm Masak dinner. Menu: Nasi+sardin+sayur goreng+cekodok+telur dadar.
2.00 pm Tidur Gerimis

DAY 8th

SELASA 22 DIS 2008 ( DAY 7)

Masa Peristiwa Cuaca
6.45 am Bangun, subuh
7.00 am Masak mee goreng, gerak serentak Cerah
9.50 am Mula treking ke Bonsai Semak
10.20 am Tiba di puncak Bonsai Semak
11.15 am Take 5. ambil kayu sarsi Cerah
11.30 am Sambung treking mencanak menuju ke puncak Belumut
12.30 pm Tiba di puncak Belumut. Puncak yang dikelilingi lumut. Take 5. peserta dah mental. Sambung trekking ke Kem Kacang. Kabus, berangin, xnampak view.
1.30 pm Tiba di Kem Kacang. Ada waterpoint. Lunch menu: Biskut, vono, bihun sup mamee, the-O. Solat jamak. Ambil air untuk digunakan di puncak Kambing malam dan sarapan Cerah
3.00 pm Sambung trekking ke Puncak Kambing. Trek mencanak. Gerimis
4.15 pm Tiba di Puncak Kambing, sejuk.gerimis mula turun. Bertambah sejuk. Khemah tidak boleh dipasang. Flysheet di pasang di 3 kawasan. Puncak (Group 1 dan 4), lereng bukit, dan on trek. Rancangan untuk ke puncak Tok Nenek di batalkan kerana semua sudah kesejukan dan kelaparan. Esok pagi akan ke puncak Tok Nenek. Gerimis
7.00 pm Mula memasak dinner. Menu group 1:nasi 3 mestin, sardin, sayur goreng, keropok, paperdem.
10.00 pm Ahli group 1 dah tidur. Group 4 dan 2 sedang memasak untuk esok pagi dan lunch. Kedudukan group memasak di lereng bukit. Tak rata Angin kuat.
12.30 pm Group 2 tidur. Susunan tidur bersilang-silang. Ada yang tidur menggelongsor

DAY 9TH

RABU 24 DIS 2008 (DAY Cool

Masa Peristiwa Cuaca
7.15 am Bangun, subuh gajah,
7.30 am Memasak sarapan: mi lidi goreng, masak nasi putih untuk tgh hari. Kabus dan berangin
10.15 am Day pack ke Puncak Tok Nenek. Line handphone penuh di sini. Menikmati view dalam kabus. Perjalanan dari puncak kambing ke tok nenek lebih kurang 10 minit. Kabus dan angin kencang
11.15 am Mula trekking ke Kem Lopak.Baba paling lambat packing. Tali kambing tertinggal di puncak Kambing. Kabus, sejuk dan berangin
11.35 am Tiba di Puncak Kayong
12.30 pm Tiba di Kem Lopak. Ambil air dalam lopak untuk bekalan lunch dan ke Yong Yap. Mendung
2.45 pm Tiba di Puncak Bubu. Solat jamak, lunch: nasi putih, telur scramble, daging kurma, ikan kari, air sirap Gerimis dan cerah..
4.00 pm Sambung treking ke Puncak Yong Yap. Trek turun naik 2 bukit. Pastu naikkkk..
6.30 pm Tiba di simpang Y. Simpang ke Post Brooke dan Puncak Yong Yap. Take 5.
6.35 pm Sambung trekking. Ready headlamp. Nightwalk. Trek hancur. Cerah
7.15 pm Kimin, Alif dan Rahmat tiba di Puncak Yong Yap. Kabus dan sunset
7.28 pm Alif azan maghrib
7.45 pm Hud, Leha, Paly, Huda, Yadan, Faiz Abas tiba di puncak
8.15 pm Lastman tiba. Semua selamat. Puncak agak lecak dan tanah lembek. Pasang fly sebaris dan masak ala2 kenduri.
9.00 pm Mula memasak makan malam. Menu : nasi lemak, nasi putih, telur dadar, sardin, sambal sotong, sambal ikan bilis. Mendung
12.00 pm Masak cekodok dan lempeng.
2.00 pm Tidur.


DAY 10TH LAST

KHAMIS 25 DIS 2008 (DAY 9)

Masa Peristiwa Cuaca
6.45 am Bangun, solat subuh. Yahoo..hari ni balik
7.15 am Masak sarapan. Menu: nasi goreng, bawang goreng, maggie, lempeng, cekodok
8.30 am Packing.. Hujan renyai dan kabus
10.30 am Mula treking. Rancangan untuk treking awal tak menjadi sebab lambat packing.
11.30 am Tiba di simpang Y. Masuk trek ke post brooke sebelah kanan. Trek hancur dan menurun.
12.30 pm Tiba di Kem Redbull. Take 5. pastikan line treking tak terputus sebab banyak sempang. Guide beritahu yang kita tak berhenti lunch sebab dah lewat. Takut sampai ke Post Brooke lewat. Janji dengan 4WD pukul 5.30 pm.
1.30 pm Tiba di sungai pertama. Sungai Y. Ambil air untuk treking dan buang air. Makan maggie tak masak dan glukos.
2.00 pm Tiba di Kem Kereta. Take 5. Gerimis
2.15 pm Mula cross 20 lebih sungai. Bermula dari sungai yang kecil ke sungai yang besar dan deras.
3.30 pm Take 5.
4.30 pm Take 5. semua dah lapar. Mula memasuki trek balak dan buluh.
5.30 pm Cross balak dan buluh untuk melintasi sungai. Trek landai tetapi amatlah jauh. Mental sebab lapar dan jalan jauh.
6.30 pm Berhenti untuk solat jamak dan alas perut dengan apa sahaja bekalan yang ada. Semua dah ready headlamp sebab mungkin nightwalk. 4WD tak masuk sampai ke tempat sepatutnya sebab air deras.
7.15 pm Berkumpul dan berhenti sebentar untuk menghormati waktu maghrib, numbering Mendung dan banyak agas
7.30 pm Tiba di sungai yang terakhir berhampiran pondok orang asli yang bernama Tapah. Jambatan roboh. Air sungai deras dan besar. Adam cuba untuk menyeberangi sungai dengan tali kambing yang di ikat di pinggang oleh Kaide. Dia beberapa kali tergelincir dan hanyut. Namun tali yang mengikatnya menyelamatkan dirinya.
8.30 pm Kumar, pemandu 4WD membantu Adam cross sungai. Tali di campak. Pangkal tali di kawal oleh baba dan kaide. Adam cuba mendapatkan bantuan luar.
9.00 pm Satu khemah di pasang untuk menempatkan peserta perempuan yang keletihan dan kelaparan. Kedengaran sungutan dan tangisan peserta perempuan. Makanan yang ada semua di keluarkan. Masak apa yang ada.
11.00 pm Adam datang bersama tali tambahan. Dia cakap, bomba akan datang kalau air tak surut.
1.50 pm Bomba datang. River crossing. Berdua-dua.
3.00 pm Selesai river crossing
3.15 pm Naik 4wd keluar dari post brooke.
4.00 pm Tiba di balai polis Lojing
4.15 pm Bertolak ke tanah rata
6.00 pm Tiba di kem Sungai Pauh

kenangan aku d V2