AHAD 20 DIS 2008 (DAY 5)
Masa Peristiwa Cuaca
7.15 am Bangun agak lewat sebab telalu sejuk. Zahir mengejutkan. Tidur selesa. Kasihan kecik sebab tido menggelongsor. Subuh Gajah. Berkabus,
7.30 am Mula memasak sarapan. Menu : Nasi Goreng, Nescafe. Sambil sembang2, baba jadi anak angkat kump 1, baha anak angkat kump.3
9.00 am Mula mengemas. Day pack, bawa makanan untuk lunch dan botol kosong untuk ambil air di Kem Cerek.
10.30 am Treking ke Kem Cerek. Tak Warming up terus treking (jgn buat macam ni lagi). Trek turun naik banyak kali. View sangat cantik. Nampak orang di bukit hadapan. Cerah
12.00 pm Tiba di Kem Cerek. Ramai yang turun ambil air termasuk perempuan. Waterpoint sgt kecil keluar dari celah akar.
1.00 pm Sambung treking ke Simpang Proton. Trek mendaki.
1.45 pm Tiba di simpang Proton.
1.55 pm Tiba di puncak Gayong. Tahniah G7 ke-2. Lunch maggie, vono, mashed potato. Solat jamak di sini. Cerah, panas, kabus
2.30 pm Sambung trekking ke puncak Korbu tanpa haversack. Trek cantik, berlumut, naik turun.
4.00 pm Tiba di puncak Korbu. Hud dan Huda mental. Kak Isha sakit pinggang. Kaide Pewai. Farah memancang. Bergambar dengan banner. Cerah
4.30 pm Treking kembali ke simpang proton. Bekalan air tidak di bawa. Tekak kering. Snek habis. Mental sebab haus. mendung
5.50 pm Tiba di Simpang Proton. Jalok dan Yadan dah shoot ke Kem Cerek sebab nak pergi solat. Kumpul semua.
6.00 pm Sambung treking ke Kem Cerek. Jauh treking hari ni walaupun tanpa haversack.
6.20 pm Ambil air yang ditinggalkan di Kem Cerek. Semua sedia headlamp sebab akan nightwalk. Mendung
6.35 pm Sambung treking ke puncak Junction.
6.50 pm Rehat di suatu puncak tipu untuk menghormati waktu maghrib. Alif azan. Hujan mula turun.
7.20 pm Sambung treking ke puncak junction. Trek mencanak turun dan naik. Nightwalk. Treking rapat untuk mengelakkan terpisah. Kalau terpisah semua berhenti. Perut lapar. Hujan lebat, sejuk, gelap, kepala terhantuk tunggul dan akar. Nampak cameron, jalan raya.
9.00 pm Huda dan Yadan diarahkan treking di hadapan kerana Huda treking agak perlahan disebabkan lapar dan sejuk. Adam mengira.. Hujan masih belum berhenti
9.25 pm Tiba dengan selamat di Puncak Junction. Numbering.
10.00 pm Masak dinner. Menu: Nasi+sardin+sayur goreng+cekodok+telur dadar.
2.00 pm Tidur Gerimis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment